Sunday, January 30, 2011

peNagiH CINTA~~~

SaLam wbt…sahabat2 yang dirahmati ALLAH  sekalian….kaifahalukum?....apa khabar imanmu wahai sahabat..apa khabar hatimu wahai sahabat?.....ana harap…semuanya didalam peringatan kepada MAHA PENCIPTA….post kali ini adalah mengenai “Penagih CINTA”..
          
            CINTA???....bila disebut dan ditanya mengenai soal cinta…maka ramailah jiwa2 dan hati2 yang bahagia dengan cinta mereka….ada juga segolongan yg tidak bernasib baik…menderita kerana cinta…dan ada juga segelintir insan terpilih yg tenang dan sempurna dgn adanya cinta…CINTA adalah fitrah didalam hidup manusia….boleh dikatakan, semua org inginkan cinta…tapi, kepada siapa cinta itu dipertaruhkan??..itu yang menjadi persoalannya….adakah cinta yang dikejar itu akan kekal hingga ke syurga??ataupun hanya hadir buat sementara..hanya hati yg bercinta sahaja boleh menjawabnya…..Ada insan yang sanggup menderita keran CINTA…ada insan yg sanggup berkorban kerana CINTA…dan ada insan yg seumur hidupnya sanggup menjadi “PENAGIH CINTA”….



          Setiap daripada kita mempunyai tafsiran yang berlainan mengenai apa yg dinamakan sebagai cinta...Menurut pentafsiran ana, tidak salah untuk bercinta….sememangnya, kita ini hidup dalam CINTA  yakni….cinta hamba kepada penciptanya (ALLAH), cinta umat kepada nabinya  Muhammad s.aw, cinta anak kepada kedua-ibu bapa,…cinta  seorang mukmin kepada mukmin yg lain…cinta seorang isteri kepada seorang suami dan sebaliknya…..ALLAH  swt juga menganjurkan kita hamba2-NYA untuk berkasih saying….tetapi, kasih itu perlu pada tempatnya…sayang itu perlu kepada ketepatannya…yakni kasih sayang yg boleh membawa ke syurga…kasih-sayang yang halal si sisi agama…kasih sayang yang beroleh redha daripada ALLAH…bukan cinta yg boleh membawa kepada gerbang maksiat..bukan cinta yg boleh membawa kesesatan…dan juga bukan cinta yg membawa kepada jauhnya rahmat TUHAN…..
~~~Semoga kita semua beroleh CINTA daripada-NYA...yakni cinta yg hakiki...cinta yg ABADI....insyaALLAH...=)




Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

Friday, January 28, 2011

~~Diri yg ALpa~~~

Salam mahabbah penuh kasih buat sahabat2 sekalian...bertemu lagi kita di post yg seterusnya...sahabatku yg tersayang....ku doakan dirimu sentiasa didalam lembayung rahmat ALLAH SWT.....

Sahabat...ingatlah....
"Bilamana solat dan ibadatmu masih belum cukup menjadi benteng dan dinding kepada segala dosa dan kemaksiatan yang dilakukan...
Segala ibadatmu masih belum dapat membawamu kepada ketenangan yang ABADI....
Maka sesungguhnya, solat dan ibadat itu memerlukan kepada penambahbaikan dan perlu ditingkatkan.......
Sahabat....
Perkukuhkanlah tiang-tiang solatmu...agar tetap teguh berdiri walaupun ribut yang melanda....
Pasakkanlah paku-paku ketakwaan didalamnya agar sentiasa didalam ingatan kepada MAHA PENCIPTA...
Hiasilah ia dengan cahaya-cahaya tawadduk agar dapat menghasilkan istana keimanan yang tersergam indah...
Yang didalamnya dipenuhi dengan mardhatillah....
Yang diluarnya disirami dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH....

~~~>>>Semoga..dengan adanya keimanan yang tepahat didalam hati ini, akan sentiasa menjadi benteng kepada segala bentuk anasir yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan dosa....Amin ya robbal alamin~~~peringatan kepada diri ini dan jua untukmu sahabat...


Thursday, January 20, 2011

Mentari Hidup

~~~~salam wbt...buat sahabat2 yang dikasihi semua.....post KALI NIE adalah lirik lagu dari kumpulan nasyid Haikal.....tiba2 hati , jiwa, dan anggota badan yang lengkap dikurniakan oleh ALLAH ini teringat dan mula menuturkan bibit2 lirik lagu yang bertajuk "Mentari Hidup" ini.....jika sahabat sekalian menghayati lirik ini, pasti kalian akan dapat "sesuatu" yang ingin disampaikan oleh penulis lirik dan penyampai lagu ini.....yakni, sesuatu yang di panggil 'keinsafan'........betapa diri kita ini selalu terdedah kepada dosa dan berbuat dosa.......jadi, kembalilah kita kepada yang 1 yakni Tuhan yg Maha Agung..ALLAhu AHAD!!!.....kerana, pintu taubatnya sestiasa terbuka buat hamba2-NYA yang ingin bertaubat dan meminta keampunan dari-NYA...dan yg paling penting, jangan bertangguh dlm berbuat kebaikan......semoga kasih dan redha ALLAH sentiasa bersama kita....INSYAALLAH...=)

========>>>>>>>.Hayatilah lirik lagu ini......moga sahabat sekalian mendapat "sesuatu" itu...insyaALLAH....."Mentari Hidup~~~~by Haikal


                                                       

Kala senja itu tiba

Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Album : Erti Pengorbanan

Munsyid : Haikal

~~KhusyUk sOLat~~

Assalamualaikum wbt...buat sahabat2 sekalian....post kali ini, ana nk berkongsi tentang teknik khusyuk dalam solat yg ana dapat melalui pembacaan dri buku "Indahnya hidup bersyariat" karangan Dato' Ismail Kamus...sama2lah kita membaca dan mengamalkannya yaaa...supaya kita semua beroleh kekusyukan didalam solat....insyaALLAH...peringatan buat diri ana sendiri dan juga kepada sahabat2 sekalian...insyaALLAH...=)

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:

1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguhkan untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-NYA.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak- geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi saw, istighfar dan apa2 bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

=====^=^=>>>>>>.Ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah......Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal...=).....

Tuesday, January 18, 2011

KaLamuLLAH~~~~~

Terdapat banyak hadis tentang kebaikan atau fadilat membaca Al Quran . Di antara nya:


~~>“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia datang dihari kiamat sebagai syafaat bagi pembacanya”(HR.Muslim), dalam sabda Rasul Saw
~~>“Puasa dan Al Quran akan memberikan syafaat bagi seorang hamba dihari kiamat “ (HR.Ahmad dan Al Hakim.)

~~>Rasulullah Saw bersabda : “Tidak satu kaum berkumpul disalah satu rumah Allah membaca kitab-Nya dan mempelajarinya diantara mereka kecuali diturunkan bagi mereka ketenangan, diliputi mereka dengan rahmat dan mereka diliputi malaikat dan Allah menyebutkan pada hamba-hambanya yang ada disisinya” (HR.Abu Daud.)

~~>Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam semoga terlimpahkan pada Rasulullah,  keluarga dan para shahabatnya.

~~>Al Quran adalah kalamullah, keutamaannya atas semua kalam bagaikan keutamaan Allah atas ciptaan-Nya, dan membacanya adalah sebaiknya gerakan lidah.

Banyak keutamaan belajar A-Quran, mengajarkan dan membacanya, diantaranya :

~~>Pahala mengajarkannya : Rasulullah Saw bersabda : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al Quran dan mengajarkannya”. (HR.Bukhari.)

~~>Pahala membacanya : Rasulullah Saw bersabda : “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dan kebaikan berlipat sepuluh kali” (HR. At Tirmidzi.)

~~~~>>>>>>.oleh itu buat semua para sahabat, diharapkan supaya kita semua dapat menghayati, memahami serta memanfaatkan segala isi kandungan yang terkandung di dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu merupakan sumber rujukan tertinggi dan merupakan panduan sekalian umat Islam....wallahua'lam.....



Wednesday, January 12, 2011

3 pErs0aLaN & 3 jAwapAN

~~~~>>>>>>>.Salam mahabbah...disini, saya ingin berkongsi sebuah cerita yang saya kira cukup bermanfaat ..yang saya perolehi dari seseorang sahabat.....Hayatilah kisah dibawah ini....kisah ini mungkin akan memberi seribu penyelesaian kpd masalah yg sedang anda semua hadapi dan juga bagi menambahkan keyakinan kita kpd ALLAH SWT yakni Tuhan yg Maha agung.....ALLAHU RABBI....~~>>>>>>

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai. 

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?


Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu           menjawab pertanyaan saya..

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda :Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :Ya!

Kiyai :Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :Saya tidak boleh.

Kiyai :Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya. 


Kiyai :Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda :Tidak.

Kiyai :Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda :Tidak.

Kiyai :Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai :Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda :Kulit.

Kiyai :Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



~~~~~>>>>..yakin dan percayalah...yang ALLAH itu ada....janganlah sesekali kita cuba meragui dan menidakkan kewujudan dan kebesaranNYA!!!!!...nauzubillah....dan ingatlah...ALLAH itu tidak beranak, dan tidak diperanakkan....serta tiada yang sekutu bgNYA....waallahua'lam.......


                                       !!~~ALLAHU AKHBAR~~~!!

Sunday, January 9, 2011

~~~~Iman adaLah mutiara~~~~

IMAN:
Mengiktiraf,mengakui, membenarkan dan beri'tiqad dengan hati terhadap ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW serta berikrar dengan lidah & beramal dengan anggota badan.

CARA MENAMBAH IMAN
a) ILMU:
    Ilmu mengenal ALLAH SWT, mengenal rasul dan ilmu berkaitan Al-Quran.

b) AMAL PERBUATAN:
    Memperbanyakkan amalan soleh serta memperdalami ketaatan sehingga menambah keyakinan dan keimanan. Menghindar diri daripada perbuatan maksiat yang melemahkan iman.

c) ZIKIR & FIKIR
     Mengingati ALLAH serta sifat-sifat-NYA serta keagungan-NYA. Sentiasa membaca kalamNYA. Meneliti setiap ciptaan ALLAH & mengambil pengajaran daripada-NYA.


                                                                Iman adalah mutiara

Wednesday, January 5, 2011

~~~aL-Baqarah ayat 286~~~~


                                                                                (Surah Al-Baqarah: ayat 286)
TERJEMAHAN:


"ALLAH tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."