Sunday, June 3, 2012

Dalam kita melangkah...
Kadang-kadang kita diuji dengan ujian yg terasa berat..
Hingga kita terduduk & menangis..
Peritnya amat terasa...
Tetapi ketahui & renungilah...


Mungkin...
Air mata tika itu Allah hadirkan
bg menjahit sejadah IMAN yg kian trkoyak...

lantaran ada langkah yg tersasar...



Semoga kita dikurniakan ketabahan & ketetapan IMAN
biar kita sunyi tanpa hadirnya teman...
biar mlm tnpa sinaran rembulan...

biar tidur tanpa dihiasi mimpi indah..



tetapi..JANGAN BIAR HATI TANPA INGATAN KEPADA ALLAH~~


YA ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati...teguhkanlah hati kami dalam agamaMU serta dalam ketaatanMU...amin





Thursday, March 8, 2012

ya ILLAHI

Ya ILLAHI…
Kekadang, hambaMU ini berasa lemah dlm memikul amanahMU
Kekadang, hambaMU ini terasa tidak layak menggalas amanahMU
Kekadang juga, hambaMU ini buntu dlm membuat keputusan
Kekadang juga, hambaMU ini berasa kerdil ditgh ramai..

Ya ROBBUL IZZATI..
Kuatkan semangatku tika aku berasa lemah
Ingatkan aku tentang tnggjungjawb yg harus dipikul dlm menjaga amanahMU
Bantulah aku disaat2 aku buntu dlm membuat pemilihan & keputusan
Dan, sedarkanlah aku yg ENGKAU sentiasa bersamaku dlm apa jua keadaan

Lirik Lagu Opick – Cahaya Hati
Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Sunday, January 1, 2012

himpunan doa dalam menuntut ilmu~~

salam wbt...sahabat2 sekalian...disini ana nk kongsikan beberapa doa dalam menuntut ilmu dan supaya memudahkan hafalan..insha ALLAH...sumber dari www.murabbi.net/forum/viewthread.php?...id

~~~jom sama2 kita amalkan ya....semoga kita memperolehi keberkatan dalam setiap ilmu yg kita pelajari...amin

DOA-DOA KETIKA MENUNTUT ILMU

a) Doa Penerang Hati

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

            Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”

b) Doa Pembuka Hati

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ

Terjemahan: “ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”

c) Doa Mengulangkaji Pelajaran

اَللَّهُمَّ أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ  وَسَهَّلْ لِيْ أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 

            Terjemahan: “ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”

d) Doa Sebelum Belajar

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

e) Doa Sedang Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”
                              

f) Doa Selepas Belajar

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”

g) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir

اَللَّهُمَّ اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ

“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan lindungilah dari kejahatan nafsuku.”

h) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan

رَبِّ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ

“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah urusanku.”

i) Doa Sebelum Membaca Al-Qur’an

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيَّ حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيَّ مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ وَذَكِّرْنِيْ مَا نَسِيْتُ يَا ذَا ﭐلجَلاَلِ وَﭐلإِكْرَامِ

“ Ya Allah, bukakanlah hikmah-Mu kepadaku dan cucurkanlah Rahmat-Mu untukku, serta ingatkanlah aku tentang apa yang aku lupa, Ya Allah Yang Maha Mempunyai Kemuliaan. ”


j) Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan Pengecut

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”

k) Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat

اَللَّهُمَّ إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ , وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ  

“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”


l) Doa menuntut Ilmu Pengetahuan

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ

“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang.”

m) Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ( Surah Al-Anbiya’: ayat 79) 

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ


“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”


DOA-DOA AMALAN…

***Ayat Seribu Dinar***

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Doa Atabatul Ghulam : Merangsang kecerdasan akal

إِلَـٰهِيْ إِنْ كُنْتَ قَبِلْتَ تَوْبَتِيْ وَغَفَرْتَ حَوْبَتِيْ فَأَكْرِمْنِيْ بِالْفَهْمِ وَالحِفْظِ حَتَّىٰ أَحْفَظَ كُلَّ مَا سَمِعْتُ مِنَ العِلْمِ وَالقُرْءَانِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِحُسْنِ الصَّوْتِ وَالنَّغْمَةِ حَتَّى أَنَّهُ مَنْ سَمِعَ قِرَاءََتِيْ يَزْدَادُرِقَّةً فِيْ قَلْبِهِ إِنْ كَانَ قَاسِيَ القَلْبِ ۰إِلَـٰهِيْ أَكْرِمْنِيْ بِالرِّزْقِ الحَلاَلِ وَارْزُقْنِيْ مِنْ حَيْثُ لاَ أَحْتَسِبُ ۰

 “ Ya Allah, bila Engkau terima taubatku dan Engkau ampuni dosaku maka berilah aku kemuliaan dengan mudah faham dan mudah hafal, sehingga aku dapat menghafal semua yang aku dengar dari ilmu pengetahuan dan Al-Qur’an. Ya Allah, berilah aku kemuliaan dengan bagus suara dan baik langgam suara, hingga sesiapa yang mendengar bacaanku hatinya merasa kasih sayang dan lemah lembut meskipun ada seseorang yang keras hati. Ya Allah, berilah kemurahan dengan rezeki yang tidak terkira.”         

Doa Menerangkan Hati Supaya Dapat Memiliki Ilmu yang Luas dengan cepat
( Surah Al-Kahfi : Ayat 107-110)

إِنَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّـٰتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً ﴿۱۰۷﴾ خَـٰلِدِيْنَ فِيْهاَ لاَ يَبْغُوْنَ عَنْهَا حِوَلاً ﴿۱۰۸﴾ قُل لَّوْكَانَ ﭐلْبَحْرُ مِدَادًالِّكَلِمَاتِ رَبِّى لَنَفِدَ ﭐلبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنَفَدَ كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوْ جِئْنَا بَمِثْلِهِ مَدَادًا ﴿۱۰۹﴾ قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَىٰۤ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَٰحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ ۤ أَحَدَا ﴿۱۱۰﴾
 
Terjemahan: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal.(107). Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.(108). Katakanlah : “ Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ( ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).”(109). Katakanlah : “ Sesungguhnya aku ini hanya seorang  manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku : “ Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa”. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya  maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya”.(110)   

Doa Pengunci Hafalan ( Surah Al-A’raaf : Ayat 171) .

* dibaca setelah selesai belajar untuk mengunci perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam sistem ingatan. Boleh juga ditulis pada halaman pertama buku atau nota pelajaran.


وَإِذْ نَتَقْنَا الجِبَلَ فَوْقَهُمْ كَأَنَّهُ ظُلَّةٌ وَظَنُّوۤۤاْ أَنَّهُ وَاقِعُ بِهِمْ خُذُواْ مَآءَاتَيْنَـٰكُم بِقُوَّةٍ وَﭐذْكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿۱۷۱﴾

“ Dan (ingatlah), ketika Kami  mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahawa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakan kepada mereka) : “Peganglah denagn teguh dengan apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.”


سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ وَﭐللهُ أَكْبَرْ , وَلاَ حَوْلاَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ , عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ أَوْ يُكْتَبُ أَبَدَ الأَبِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ يَا رَبَّ العالَمِيْنَ 


“ Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Besar. Tiadalah daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Sebanyak setiap huruf yang telah ditulis (oleh manusia) atau yang akan ditulis. Terus menerus selama berkekalan kurun dan berterusan masa.


Sunday, October 23, 2011

k0piahkU~~~~+++++~~~~~hijabkU


Memang betul....
Keimanan itu bukan terletak pada 
Labuhnya hijab dan pakaian seseorang wanita
ketaqwaan bukan terletak pada
berkopiahnya seseorang lelaki....

Kerana....
Tahap keimanan & ketaqwaan 
seseorang lelaki & wanita tu 
adalah nilaian daripada
Yang MAHA ESA...

Tetapi ingatlah....
Labuhnya hijab & pakaian wanita itu
melambangkan ciri2 muslimah
yang baik....

Labuhnya hijab & pakaian wanita itu
menjadi benteng pertahanan
kepada mata-mata yang memandang
umpama berlian yang terjaga rapi....

Dan...
berkopiahnya seseorang lelaki itu
melambangkan keperibadiannya
sebagai seorang muslim...

Berkopiahnya seseorang lelaki itu
membezakannya diantara
lelaki muslim dengan yang lain...
(^____^)v





Saturday, September 17, 2011

kOngsi d0a j0m...^^

Assalamualaikum wbt.....salam ukhwah fillah.....kaifahalukum??....hehehe...harap2 semua dalam keadaan sihat wal-afiat la ya.....klu demam2, batok2...lekas2 p amek ubat naaa...jgn amek saja, makan la ubat 2...=)...post kali nie cadangnya nk berkongsi doa dgn sahabat2 sekalian....sebenaqnya...xbyk pun doa2 yg ana taw...tapi nama pun "kongsi" kn..setakat yg ana taw..ana bgtaw la....begitu jugak sebaliknya..harap2 sahabat2 pun yg mana taw doa apa2...kita kongsi la kat cniey na...ilmu klu kita kongsi, insyaALLAH akan berkekalan..ameen....
doa pa ya nk kongsi??...hehehe..meh2 kita tgok kat bwah nie.....



1. Doa supaya xterjebak dalam kancah cinta palsu:
    (Mula baca dekat "robbana.......)




  maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami & keturunan kami sebagai      penenang hati kami & jadikanlah kami pemimpin orang2 bertakwa.
( surah Al-furqan 25:74)


2. Doa mendapatkan zuriat:
   (Mula baca dekat "qola robbi........)




 maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau  maha pendengar doa. 
(Surah Ali-Imran 3:38)




maksudnya: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri ( dgn tidak meninggalkan zuriat) & Engkau jua sebaik2 yang mewarisi.


3. Doa pelembut hati 




maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah yang Maha kuat, lagi Maha Kuasa.


Lembutkan hati anak2:




maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.




Thursday, September 15, 2011

hambaMU ALLAH

Assalamualaikum wbt....kepada sahabat, saudara, saudari, adik, kakak, abang, pakcik, makcik, tokwan, tok sekalian...heheehhe...dh lama sgt rasanya xmeng"update" blog ana nie....kangan pulak rasanya...
     
      Haaa....nk tanya nie...musti sahabat2 semua pernah dengar kn lagu  (("hambaMU "))..ala...lagu yg mawi ngan us. akhil nyanyi 2...yg jd lagu  tema IMAM MUDA 2...taw kn???...klu bg yg xtaw 2 xpa....nnt kita dengar....ada kat bwah...hehhee....best kn lagu 2???....bukan music dya ja best...cer hayati lirik dya...


      Cerita dya lebih kurang cmni la kot.....tentang perjalanan hidup kita sebagai hamba ALLAH, hidup kita nie memang la ALLAH yg tentukan...tp usaha + doa + tawakal kena la jugak kn..xkira la dlm apa urusan pun...study ka, keja ka...apa ka...kn2??...hehehe..pastu pulak, kita kna la tabah + cekal + kental dlm menghadapi setiap ujian dlm hidup kita..jgn la kita rasa "down" pulak klu dh di uji 2..2 tandanya ALLAH syg kat kita...taw dak??...xcaya sudah..hehehe...n percayalah, bila kita diuji oleh ALLAH, barulah kita nie sedaq cket...kita nie slalu sgt leka, ha....lg 1, kita nie plak klu dh diuji @ "time" susah baru la nk ingat ALLAH..2 la ALLAH bg ujian kat kita, bukan apa, nk bg kita ingat cket kat MAHA PENCIPTA kita kn...haaa........nk yg lebih detail, kita tnya penulis liriknya ok..=))....


    Haaa.....dh kasi bg elaboration punya panjang lebaq kat atas 2.....mana lagunya???hehehee......jom2 click butang "PLAY" kat bawah nie...kita sama2 hayati lirik lagu nie....bukan syok dengaq lagu ja taw......sama2 la nai kita jadi hamba ALLAH yg bertakwa insyaALLAh .....
x gentar walau di diasak...
xgugur walau di goncang....
xjatuh walau diuji....
ameen......=)



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi 
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu ILLAHI
Kelak pasti akan di temui

Suluhkan cahaya di hati terang (ALLAH)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (ALLAH)
Tegakkan perjalanan yang bakal di tempuh
Tegakkan semangat bila runtuh

Setibanya disisiMU ku berserah
Terimalahku......
HambaMU ALLAH....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa




padaMU ya ALLAH ku memohon keampunan...
doa dan restu..
rahmatilah diri ini serta seluruh muslimin 
dan muslimat..ameen....


sesungguhnya aku ini hambaMU ya ALLAH


sujudku padaMU....ampunkanlah dosaku..

Monday, May 2, 2011

~~Air Mata keinsaFAn~~


ya ALLAH.. 
terasa menggunung dosaku...
samaada di zaman silam mahupun 
dosa-dosa di ketika ini...

ya ALLAH ya TUHANKU...
hambaMU ini pernah membuat dosa..
hambaMU ini pernah merisaukan hati si ibu dan si ayah...
dan hambaMU ini pernah terleka...

tp ku bersyukur ya ALLAH...
KAU datangkan kembali sinar petunjukMU....
KAU lapangkan kembali dadaku...
KAU tunjuki jalan yang lurus...

sungguh,...
tidak mahu lg ku kembali kpd waktu yg melalaikan...
waktu yang menjauhkan diriku dari mengingatiMU....
waktu di mana duniawi menjadi terlalu indah...

ya ALLAH..
semoga KAU terus membimbingku ke jalan kebenaran...
dan jangan KAU biarkan ku ke jalan kehancuran...
tetapkanlah IMAN dihatiku...
agar bertambah kecintaanku padaMU...
agar diriku menjadi HAMBAMU yg byk bersyukur...

amin ya robbal alamin...

ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب

"Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU sesatkan hati kami sesudah ENGKAU  berikan petunjuk kepada kami...dan kurniakanlah kepada kami rahmat yang langsung daripasa sisi ENGKAU. Sesungguhnya ENGKAU adalah maha PEMBERI...."


اللهم ا عني على ذكرك وشكر وحسن عبادتك

"ya ALLAH, bantulah aku mengingatiMU...mensyukuriMU..dan beribadah kepadaMU...."



satu CINTA....star five!!!