Wednesday, November 24, 2010

~~11 jenis manusia didoa malaikat~~

  • Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
  • Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
  • Orang yang berada di saf hadapan, solat jemaah
  • Orang yang menyanbung saf pada solat berjemaah
  • Kalangan malaikat mengucapkan "amin" ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah
  • Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  • Orang yang melakukan solat subuh dan solat asar secara berjemaah
  • Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  • Orang yang membelanjakan harta (nifak)
  • Orang yang sedang makan sahur
  • Orang yang melawat orang sakit

Monday, November 8, 2010

Mutiara hati...

Memandangmu sudah mampu membuatkan air mataku mengalir…
menghormatimu dan menyayangimu adalah kewajibanku…
keredhoan ALLAH bgku adalah dari keredhoanmu jua…
”ya ALLAH ya TUHANku..
kasihanilah kedua ibu-bapaku…
seperti mana mereka mengasihaniku…
sejak dari kecil..”
amin ya robb…


Berdasarkan Hadith Nabi:
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

"Ya ALLAH ya TUHANku....cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu-bapaku sepertimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil"...amin2 ya robbal alamin...

Redho ALLAH bergantung pada redho kedua ibu- bapa dan kemurkaan ALLAH bergantung kepada kemurkaan ibu-bapa. Setitis air mata ibu yang lahir kerana kesedihan, tertutup pintu syurga....dan seumpama selaut air lautan yang harus kita renangi di akhirat nanti...biarkanlah ibu kita menitiskan air mata kegembiraan, kerana itulah itulah salah satu kunci kegembiraan kita di kemudian hari...