Tuesday, March 1, 2011

~~uMmuL kitAb~~

SaLAm mahabbAh fiLLAH buat semua sahabat......tajuk kita pada hari ini adalah mengenai "ummul kitab" ....bercakap tentang ummul kitab ini, ana pasti muslimin dan muslimat yg diluar sana tentu apa yang ana maksudkan....betul x?..ya, yang ana nk kongsikan dgn sahabat2 semua adalah mengenai surah yg paling agung...yg menjadi ibu kpd Al-Quran iaitu surah Al-Fatihah....confirm semua dh hafal kn surah Fatihah nie..jarang kita jumpa orang Islam yg xtahu membaca Al-FAtihah...ada....tetapi jarang...tetapi, dh confirm ka semua daripada kita tahu terjemahan ataupun maksud surah Al-Fatihah itu?ini yg ana nk bincangkan dgn sahabat2 sekalian....
                   Sebenarnya, 2,3 hari lepas ana ada terbaca dalam berita harian online newspaper bertarikh 28 Februari 2011 yang menyentuh tentang "Pelajar sekolah, IPT tak faham makna al-Fatihah" ..... ana tertarik dgn tajuk yang diutarakan....jom kita tgok apa isi yang dibincangkan dlm article nie....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUALA LUMPUR: Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.

Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah.
Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.
           
  Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.

Seterusnya, Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam dua subjek kritikal itu.

“Mereka akan terus menjadi lost generation seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka ‘gagal’,” katanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bleh juga klu nk tgok terus ke laman web berita harian online....~~~~>>>>>>>>
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarsekolah_IPTtakfahammaknaal-Fatihah/Article

Haaa...ana amatlah bersetuju dgn apa yg tertulis dlm article 2....sebabnya, Surah Al-Fatihah nie bukan saja penting...dan wajib dibaca dlm solat dgn makraj dan tajwid yg betul malah, makna ataupun terjemahannya juga perlu kita hayati agar timbulnya khusyuk dlm solat....

jom kita hayati makna didalam surah Al-FAtihah...peringatan buat diri ana dan semua sahabat....(^_*)



bleh juga klu nk dengar dari video nie....~~~>>>>>




No comments:

Post a Comment