Saturday, September 17, 2011

kOngsi d0a j0m...^^

Assalamualaikum wbt.....salam ukhwah fillah.....kaifahalukum??....hehehe...harap2 semua dalam keadaan sihat wal-afiat la ya.....klu demam2, batok2...lekas2 p amek ubat naaa...jgn amek saja, makan la ubat 2...=)...post kali nie cadangnya nk berkongsi doa dgn sahabat2 sekalian....sebenaqnya...xbyk pun doa2 yg ana taw...tapi nama pun "kongsi" kn..setakat yg ana taw..ana bgtaw la....begitu jugak sebaliknya..harap2 sahabat2 pun yg mana taw doa apa2...kita kongsi la kat cniey na...ilmu klu kita kongsi, insyaALLAH akan berkekalan..ameen....
doa pa ya nk kongsi??...hehehe..meh2 kita tgok kat bwah nie.....



1. Doa supaya xterjebak dalam kancah cinta palsu:
    (Mula baca dekat "robbana.......)




  maksudnya: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami & keturunan kami sebagai      penenang hati kami & jadikanlah kami pemimpin orang2 bertakwa.
( surah Al-furqan 25:74)


2. Doa mendapatkan zuriat:
   (Mula baca dekat "qola robbi........)




 maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau  maha pendengar doa. 
(Surah Ali-Imran 3:38)




maksudnya: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri ( dgn tidak meninggalkan zuriat) & Engkau jua sebaik2 yang mewarisi.


3. Doa pelembut hati 




maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah Kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) dan Dialah yang Maha kuat, lagi Maha Kuasa.


Lembutkan hati anak2:




maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.




1 comment: