- Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan utknya iaitu Surah Al-Mulk"(Tabaarakal-Lazi)".
- Daripada Anas Ibnu Malik berkata: "Rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah didalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu (Tabaarakal-Lazi)
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah dan berkata:"Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam."Nabi SAW bersabda itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur
- Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah, dan Al-Mulk.
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan~! Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan ALLAH memohon pembacanya supaya ALLAH menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur...
- Dan Nabi SAW bersabda:"Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku."
(~~~Diadaptasikan dari buku "Amalan surah-surah pilihan: Fadhilat dan khasiatnya oleh Hj. Johari Hj. Alias~~~)
No comments:
Post a Comment