Wednesday, February 16, 2011

~Hidupnya insaN~~

Mengharungi hidup yang penuh dugaan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kesabaran itu lahir dari hati dan jiwa yang merelakan/ redha dengan setiap apa yang telah ditentukan. Percaya dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu mempunyai hikmah yang tersendiri yang belum dipamerkan oleh MAHA PENCIPTA....


         Anggaplah segala sesuatu yang berlaku itu adalah tanda ALLAH menyayangi hamba-NYA dan bagi mendekatkan lagi diri kita kepada ALLAH. Kerana DIA lebih tahu, apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.....=)



(Surah Al-Baqarah: Ayat 216)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..

No comments:

Post a Comment