Salam wbt kepada semua sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian…semoga sentiasa dengan rahmat dan jagaan ALLAH swt…amin…insyaALLAH…post kali ini, ana ingin membicarakan tentang “Permata Hati”. Permata hati?....bila baca ja tajuk post kali nie, apa yang ada dalam pemikiran sahabat-sahabat sekalian??....Permata hati yang ana omong2kan ini adalah “kanak-kanak @ bayi sebagai permata hati”…(^_*)….
"jiwa-jiwa yang bersih"
Apabila berbicara tentang kanak-kanak, ana percaya bahawa ramai diantara kita yang hatinya tidak pernah lepas dari rasa sayang, kasih, suka, teruja, gembira dan macam-macam perasaan lg yang wujud bila berdepan dengan kanak-kanak @ bayi. Bagi ana pula, ana sangat2 menggemari insan yang bergelar kanak-kanak ini…Mereka mempunyai karakter-karekter tersendiri yang mampu mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Mungkin faktor nama yang menyebabkan naluri ‘keumian’ menebal didalam sanubari ini~~alhmdulillah kerana dikurniakan dengan nama yg sedemikian~~(*_*)… syukran jazilan buat kedua mak abah tersayang.
"Wajah-wajah permata hati"
Tetapi yang sedihnya, apabila gelaja buang bayi, penderaan kanak-kanak, pengabaian kepada kanak-kanak sering berlaku dan bertambah dari semasa ke semasa, ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Dimana belas kasihan, rasa sayang golongan seperti ini kepada jiwa-jiwa yang tidak berdosa itu??......nauzubillah…moga sahabat-sahabat ana yang dirahmati ALLAH sekalian dijauhkan dari hasad seperti itu…Semoga ALLAH membuka hati-hati mereka kembali kepada fitrah hidup yang sebenar..yakni yang menurut landasan syariat..tidak perlu jiwa-jiwa yang tidak bersalah itu, mendapat hukuman dari golongan yang tidak bertanggungjawab…Kasihanilah mereka, dan sayangilah mereka…
"Kanak-kanak ibarat kain putih"
Ingatlah!!.....Kanak-kanak itu bersih yakni diibaratkan sebagai kain putih, maka didiklah mereka dengan ilmu yang secukupnya bukan dengan keganasan yang secukupnya….didiklah mereka dari sejak kecil lagi, agar mereka terbiasa dengan cara hidup Islam yang sebenar bukan dengan cara barat yang menyesatkan… lebihkanlah dengan ilmu akhirat yang kekal abadi bukan semata-mata dengan ilmu keduniaan yang penuh dengan fatamorgana, bahkan …corakkanlah jiwa mereka dengan pengisian yang dapat membawa mereka ke jalan-jalan yg lurus agar mereka terhindar dari jalan yang sesat... Doakan semoga mereka-mereka ini menjadi pewaris kepada generasi Islam akan datang,…..insyaALLAH…(^_*)..
"Generasi akan datang"
No comments:
Post a Comment