Sunday, January 30, 2011

peNagiH CINTA~~~

SaLam wbt…sahabat2 yang dirahmati ALLAH  sekalian….kaifahalukum?....apa khabar imanmu wahai sahabat..apa khabar hatimu wahai sahabat?.....ana harap…semuanya didalam peringatan kepada MAHA PENCIPTA….post kali ini adalah mengenai “Penagih CINTA”..
          
            CINTA???....bila disebut dan ditanya mengenai soal cinta…maka ramailah jiwa2 dan hati2 yang bahagia dengan cinta mereka….ada juga segolongan yg tidak bernasib baik…menderita kerana cinta…dan ada juga segelintir insan terpilih yg tenang dan sempurna dgn adanya cinta…CINTA adalah fitrah didalam hidup manusia….boleh dikatakan, semua org inginkan cinta…tapi, kepada siapa cinta itu dipertaruhkan??..itu yang menjadi persoalannya….adakah cinta yang dikejar itu akan kekal hingga ke syurga??ataupun hanya hadir buat sementara..hanya hati yg bercinta sahaja boleh menjawabnya…..Ada insan yang sanggup menderita keran CINTA…ada insan yg sanggup berkorban kerana CINTA…dan ada insan yg seumur hidupnya sanggup menjadi “PENAGIH CINTA”….



          Setiap daripada kita mempunyai tafsiran yang berlainan mengenai apa yg dinamakan sebagai cinta...Menurut pentafsiran ana, tidak salah untuk bercinta….sememangnya, kita ini hidup dalam CINTA  yakni….cinta hamba kepada penciptanya (ALLAH), cinta umat kepada nabinya  Muhammad s.aw, cinta anak kepada kedua-ibu bapa,…cinta  seorang mukmin kepada mukmin yg lain…cinta seorang isteri kepada seorang suami dan sebaliknya…..ALLAH  swt juga menganjurkan kita hamba2-NYA untuk berkasih saying….tetapi, kasih itu perlu pada tempatnya…sayang itu perlu kepada ketepatannya…yakni kasih sayang yg boleh membawa ke syurga…kasih-sayang yang halal si sisi agama…kasih sayang yang beroleh redha daripada ALLAH…bukan cinta yg boleh membawa kepada gerbang maksiat..bukan cinta yg boleh membawa kesesatan…dan juga bukan cinta yg membawa kepada jauhnya rahmat TUHAN…..
~~~Semoga kita semua beroleh CINTA daripada-NYA...yakni cinta yg hakiki...cinta yg ABADI....insyaALLAH...=)




Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya:
Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

No comments:

Post a Comment