Thursday, January 20, 2011

~~KhusyUk sOLat~~

Assalamualaikum wbt...buat sahabat2 sekalian....post kali ini, ana nk berkongsi tentang teknik khusyuk dalam solat yg ana dapat melalui pembacaan dri buku "Indahnya hidup bersyariat" karangan Dato' Ismail Kamus...sama2lah kita membaca dan mengamalkannya yaaa...supaya kita semua beroleh kekusyukan didalam solat....insyaALLAH...peringatan buat diri ana sendiri dan juga kepada sahabat2 sekalian...insyaALLAH...=)

Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:

1. Sentiasa melaksanakan solat berjemaah, (yang paling afdal di masjid).
2. Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3. Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.
4. Jangan bersolat dengan menangguhkan untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.
6. Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.
7. Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8. Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup. 
9. Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-NYA.
10. Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak- geri kita.
11. Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Al-Quran dan segala zikir.
12. Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi saw, istighfar dan apa2 bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan
13. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat.
14. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.
15. Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.
16. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.
17. Jangan memandang ke kiri dan ke kanan

=====^=^=>>>>>>.Ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah......Jadi, renung-renungkan dan selamat beramal...=).....

No comments:

Post a Comment